VIRUS H1N1 and MIDWEST GAMES 2009
Pelajar tajaan PETRONAS,
Statistik terkini yang dikeluarkan oleh Center for Disease Control and Prevention (CDC)
pada 11 am, 12 May 2009 menunjukkan peningkatan yang mendadak bagi kes berkaitan jangkitan
Influenza A (H1N1) di Amerika Syarikat. Setakat ini sebanyak 3,009 kes telah disahkan di
45 buah negeri di Amerika Syarikat.
Menerusi statistik tersebut juga, Illinois negeri di mana akan berlangsungnya
Midwest Games 2009 dilaporkan mempunyai jumlah kes yang disahkan paling tinggi di Amerika
Syarikat dengan 554 kes setakat ini.
Memandangkan perkembangan terbaru ini dan sejajar dengan 'Travel Advisory' yang dikeluarkan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kepada semua rakyat Malaysia dan juga 'Travel Advisory'
yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan PETRONAS kepada semua warga PETRONAS untuk menghadkan
dan menangguhkan sebarang perancangan perjalanan ke negara dan kawasan yang terjejas oleh
virus H1N1 ini, pihak Pejabat Penasihat Pelajar PETRONAS di Washington DC memutuskan dan
mengarahkan para pelajar tajaan PETRONAS agar menangguhkan penglibatan mereka di Midwest
Games 2009 untuk tahun ini bagi mengelakkan diri mereka terdedah kepada risiko virus tersebut.
Sekiranya pelajar masih tegar untuk menyertai kejohanan sukan Midwest tersebut, pihak PETRONAS
tidak akan bertanggungjawab jika berlakunya perkara yang tidak diingini kepada diri pelajar
terbabit. Arahan ini adalah untuk kebajikan para pelajar dan juga pihak PETRONAS sentiasa
mendoakan kesejahteraan para pelajarnya.
Para pelajar dinasihatkan agar lebih prihatin dan memberi perhatian kepada kesejahteraan,
keselamatan dan tahap keselamatan diri masing-masing.
Sekian, terima kasih.
Pejabat Penasihat Pelajar PETRONAS
Washington DC,
Amerika Syarikat.
Copyright 2009 Education Sponsorship Unit
Updated on 12 May 2009